Tuesday, May 19, 2015

Pasukan U17 Jerman Mara ke Final !

Captain Felix Passlack
Jerman Mara ke perlawanan akhir!

Persembahan yang baik dari Jerman U17 dalam Kejohanan Eropah berterusan kerana mereka berjaya mara ke perlawanan akhir di Bulgaria. Pasukan Christian Wück meraikan kejayaan 1-0 kemenangan ke atas Rusia pada separuh akhir dan kini bakal bertemu Perancis pada perlawanan akhir. Pemain Borussia Dortmund, Janni Serra menjaringkan gol, setelah terlepas beberapa peluang.

Tidak seperti kemenangan sebelum ini diperingkat suku akhir menentang Sepanyol (4-2 AET), Wück telah membuat beberapa perubahan dan percaturan kepada kesebelasan utamanya. Dzenis Burnic, Görkem Saglam, Salih Ozcan, Janni Serra dan Enes Aykol menggantikan pemain yang cedera seperti Joel Abu Hanna, Erdic Karakas, Mats Köhlert (yang digantung perlawanan), Niklas Schmidt dan Johannes Eggestein. Kapten Felix Passlack dan Constantin Frommann pula dikekalkan di tempat mereka sebagai dua ahli pasukan yang paling penting.

Jerman ternyata pasukan yang lebih baik dan jelas lebih bertekad untuk menang di Stadion Beroe di Stara Zagora. Selepas permulaan yang agak kucar-kacir, pasukan Jerman, yang diketuai Passlack, mengubah rentak permainan yang dilihat semakin berkesan dalam permainan mereka dan mampu mewujudkan banyak peluang, walaupun pertahanan Rusia agak padat dalam kotak penalti.

Jerman terkena palang dua kali pada separuh pertama

Ozcan mempunyai peluang yang baik pada babak pertama permainan. Pemain dari Cologne itu merembat dari jarak 20 ela dan malangnya hanya mencecah palang gol. Penjaga gol Rusia Alexandr Maksimenko sebenarnya telah terperangkap berada di luar kawasan dan sudah tidak akan mempunyai peluang untuk menyelamatkan. Dmitri Pletnev mempunyai satu peluang terbaik untuk Rusia, tetapi diselamatkan Frommann dari jarak dekat dengan refleks yang pantas.

Sejurus selepas itu, Serra dan Ozcan sekali lagi mendapat beberapa peluang tetapi kedua-dua pertahanan kental Rusia berjaya menyekat kedua-dua pemain Jerman dengan berkesan. Matlamatnya untuk mendapatkan gol sebelum masa rehat tidak kesampaian: Gül menanduk sepakan percuma Saglam, tetapi bola terkena bahagian dalam palang. Masih 0-0.

Jerman kekal bersabar dan mendapat ganjaran

Selepas waktu rehat, serangan Jerman meningkat bertali arus, menguasai permainan dan mewujudkan lebih banyak peluang. Tidak lama selepas rehat, Passlack membuat sepakan lencong ke arah bucu pintu gol dan Serra hampir menyempurnakan hantaran tersebut. Passlack hampir berjaya untuk meletakkan Jerman dihadapan pada minit 60, tetapi sekali lagi penjaga gol Rusia berjaya menghalangnya.

Schmidt masuk menggantikan Karakas, Jerman menguatkan lagi cengkaman mereka pada permainan dan terus dominasi permainan. Ia memberi kesan positif kepada keputusan. Akyol membuat hantaran silang yang sempurna dari arah kiri untuk Serra dalam kotak penalti dan memberikan Jerman mata untuk mendahului. Mereka mempunyai dua kali lagi peluang untuk mengukuhkan penguasaan namun permainan berakhir dengan 1-0, dan Jerman mara ke perlawanan akhir bertemu Perancis.

No comments:

Post a Comment